Hanya cermin kaca yang memisahkan Sakura dan Papanya. Tangan
dan kaki yang dirantai. Papa dilayan seperti binatang. Sakura tidak dapat
menerima kenyataan yang dia tidak mampu melakukan apa-apa ketika Papa amat
memerlukannya.
Sakura berjalan
perlahan-lahan. Entah kenapa kakinya membawa dia ke rumah kosong itu. Pintu
rumah itu diselak. Perabot masih lagi teratur. Berbalut dengan kain putih. Entah ke mana Yuki pergi. Sejak
kejadian itu, Sakura tidak pernah lagi mendengar apa-apa berita mengenai Yuki.
“Yuki.”
Sakura
pelik entah kenapa walaupun dia ingin membenci namun nama itu tetap meniti di
bibirnya saat dia dalam kesusahan. Hanya nama itu sahaja yang mampu menenangkan
hatinya. Entah kenapa hatinya begitu sakit. Entah kenapa dia seakan tidak mampu
untuk bernafas lagi. Kesakitan yang dirasainya bagaikan menghalangnya untuk
bernafas. Memori singkat bersama Yuki kembali bermain dalam kotak fikiran
Sakura.
“Saya
berjanji akan terus bersama awak dan membalas semua yang awak telah lakukan
untuk saya.”
“Sudah tentu
saya sudi. Bukankah awak satu-satunya lelaki yang keracunan makanan dan ditikam
pada malam krismas untuk saya?”
“Janganlah
risau. Bukankah awak lelaki yang saya pilih?”
“Keluar!
Saya tak mahu lihat awak muncul di hadapan saya lagi!”
“Bukankah
ini yang awak mahu? Ambil dan jangan pernah kembali.”
Sakura
menekup telinganya. Kata-kata pedih yang masih terngiang-ngiang di tepi
telinganya. Sakura marah pada dirinya sendiri. Mengapa dia harus begitu
mencintai lelaki yang bernama Yuki. Mengapa dia harus terus-menerus menyayangi
lelaki yang dia sendiri tidak tahu nama keluarganya. Mengapa hatinya perlu
terikat pada lelaki yang dia sendiri tidak tahu asal-usulnya. Kini, bukankah
cinta itu mengkhianati dirinya? Bukankah rasa cinta itu yang kini menghancurkan
hatinya sendiri?
Sakura
menjerit. Lantang. Seluruh rumah itu bergema dengan jeritan Sakura.
“Yuki!
Kenapa! Kenapa aku perlu bertemu dengan kau! Kenapa aku perlu mencintai kau dan
melupakan kau sekarang!”
Sakura
terduduk. Rasa sakit hatinya sudah tidak tertahan lagi. Sedu-sedannya kini
membuat dia semakin berharap agar dia mampu melupakan lelaki itu. Walaupun
Sakura sungguh-sungguh ingin melakukan itu namun hatinya bertindak melawan
keinginannya. Sakura menekup wajahnya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia
lakukan.
Seorang
lelaki bersut putih memerhatikan Sakura dari jauh. Air matanya berlinangan.
“Maafkan saya,
Sakura.”
Lelaki itu
melangkah pergi meninggalkan Sakura bersendirian.
Sakura
melangkah lemah menuju ke tempat Papanya dikurung. Penumbuk digenggam. Sakura
ikut terseksa melihat Papanya terseksa. Sakura nekad. Tak mungkin dia tak mampu
lakukan apa-apa. Tak mungkin dia hanya berdiam diri.
“Papa,
Sakura akan lakukan sesuatu. Percayalah pada Sakura.”
Tanaka hanya
melihat Sakura dari jauh. Ternyata hatinya juga benar-benar sakit melihat
keadaan Sakura sebegitu tetapi dia tidak pernah tahu cara lain untuk memiliki
hati Sakura. Dalam diam Tanaka juga membenci dirinya kerana melukai gadis yang
amat dicintainya. Lapan tahun di Amerika sedikit pun tidak melunturkan
perasaannya pada Sakura. Tidak pernah walau sesaat dia berhenti mencintai
Sakura. Tidak pernah walau sedetik dia terlupa akan Sakura. Tidak pernah
langsung.
Dia masih
teringat janjinya pada Sakura. Ketika dia masih lagi kecil. Ketika Sakura
menangis sewaktu terjatuh ketika pulang dari sekolah. Ketika dia merasai cinta
buat pertama kalinya.
“Sakura,
saya janji akan sentiasa berada di sisi kamu. Tidak akan ada waktu yang kamu
akan bersendirian. Tidak akan pernah wujud waktu yang kamu akan rasa
kekurangan. Berhentilah menangis. Yakinlah saya akan sentiasa ada untuk kamu.
Saya akan sentiasa bersama kamu. Sehingga akhir nafas saya. Saya berjanji.”
Tanaka masih
teringat ketika Sakura mengesat air matanya dan kembali tersenyum. Ketika
Sakura ketawa riang saat Tanaka membimbing tangan kecilnya. Wajah Tanaka
berkerut. Memori bagaimana Papa menghantarnya ke Amerika juga berlegar di ruang
ingatannya. Juga ketika Sakura menangis ketika menghantarnya ke lapangan
terbang. Pelukan terakhir Sakura dan selamat tinggal yang diiringi sedu-sedan.
Tanaka tidak dapat menunaikan janjinya hanya kerana sepotong arahan mudah yang
diberi hanya kerana khabar angin yang berbisik. Janji yang terpaksa diingkari
hanya kerana Papa yang takut akan kuasa khabar angin dan takut untuk mengakui
cintanya untuk Sakura.
Sejurus mendengar berita mengenai Papa
merestui cinta seorang lelaki yang bernama Yuki dan betapa Sakura mencintainya,
Tanaka kembali ke Jepun untuk melihat sendiri lelaki itu. Setibanya di Jepun,
apa yang dilihatnya adalah seorang lelaki yang tidak punyai apa-apa yang boleh
membahagiakan Sakura jika dibandingkan dengan dirinya. Tambahan pula, Sakura
tidak tahu apa-apa pun tentang latar belakang lelaki itu. Tanaka geram. Mengapa
Papa boleh menerima lelaki itu dan bukan dirinya.
Kemarahan
yang meluap dan dendamnya terhadap Papa menghantui Tanaka. Dalam diam rancangannya dijalankan. Yuki
disiasat. Satu demi satu rahsia kecil mengenai latar belakang Yuki terbongkar
di hadapan matanya. Rahsia itu digunakan untuk menghalau lelaki yang merampas
cintanya. Entah kenapa, walaupun Yuki dan Sakura kini berjauhan dan mustahil
untuk mereka bina kembali hubungan namun, hati Sakura masih lagi bukan
untuknya.
Satu-persatu
air mata Tanaka menitis. Tidak bolehkah Sakura mencintainya? Salahkah dia
mencintai Taeko sakura? Undang-undang tidak menghalang dia bersama Sakura
tetapi mengapa harus ini yang dilaluinya? Mengapa mencintai Taeko Sakura sangat
menyakitkan? Mengapa merindui Taeko Sakura menyesakkan nafasnya?
Tanaka
menyeka air matanya. Perlahan dia melangkah pergi. Tidak patut dia mengenang
memori lama lagi kerana dia yakin Sakura akan bersamanya nanti. Tidak lama lagi
Sakura akan memberikan jawapannya. Kopi dihirup sambil pandangan Tanaka dibuang
ke luar melihat bunga Sakura yang mekar di laman.
“Tanaka.”
Tanaka
terkejut ketika Sakura memanggil namanya. Lembut bersama senyuman terlukis di
bibirnya. Sudah lama Tanaka tidak menatap senyuman itu.
“Tanaka,
saya sudah buat keputusan. Saya terima lamaran awak. Taeko Sakura akan menjadi
milik Taeko Tanaka.”
Tanaka
terkejut. Mimpi atau realiti? Memikirkan semula situasi, tak mungkin dia
bermimpi. Ini sudah pasti realiti.
“Saya
lakukan ini bukan hanya kerana harta atau Papa tetapi saya fikir tidak salah
sekiranya saya belajar untuk mencintai awak. Bukan lagi menyayangi awak sebagai
seorang adik tetapi cuba mencintai awak sebagai seorang isteri.”
Sakura
menapak pergi meninggalkan Tanaka dengan perasaan yang bercampur-baur. Entah
kenapa walaupun hatinya sakit tetapi dia yakin inilah jalan terbaik untuk
dirinya dan untuk Taeko sendiri.
-BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment